pengikut aku...

MINYAK PELINCIR JTX1000

MINYAK PELINCIR JTX1000
for order call @ sms 0123979951 (SHAH)

Thursday, 17 March 2011

Projek Awning Rumah Zaidi (Part 2)

proses mengecat rangka awning rumah Zaidi...klik utk Part 1
Projek : Awning 
Design : Biasa (menggunakan atap kilang)
Kos : RM1900 (material + upah)

Awning yang telah siap dipasang di rumah customer...
 

Wednesday, 16 March 2011

Membuat Sangkar Kucing (projek sampingan)

di samping projek2 besar aku ada jugak buat projek sampingan
ini adalah projek sampingan membuat sangkar kucing kawan aku...
Projek : Sangkar Kucing
Design : Pondok 4 segi (ukuran 2 kaki x 21/2 kaki)
Kos : RM200 (material + upah) 

besi yang digunakan jenis hollow 1 inci
dan besi akan dicantum menjadi bentuk seperti ini

proses memotong besi dan welding mencantum rangka sangkar

rangka sangkar yang telah siap dicat

akan bersambung untuk proses memasang jaring besi
dan memasang atap... tunggu!

Projek Membuat Kaki Meja

ini adalah projek membuat 10 unit kaki meja...
Projek : Kaki Meja
Design : Lipat untuk Meja 4 segi
Kos : RM45 seunit (material + upah)
besi yang digunakan adalah besi hollow 1 inci
kemudian dicantum menjadi bentuk 4 segi

proses seterusnya welding untuk mencantumkan besi
dan proses mencanai untuk melicin dan meratakan permukaan besi

kaki meja jenis lipat yang telah siap

akan bersambung untuk proses mengecat... tunggu!!

Monday, 14 March 2011

Projek Awning Rumah Zaidi (Part 1)

alhamdullilah masih ada rezeki untuk dapat projek ironwork
ini adalah projek buat awning rumah jiran aku...
Projek : Awning 
Design : Biasa (menggunakan atap kilang)
Kos : RM1900 (material + upah)

proses membuat rangka awning

antara proses-proses yang dilakukan semasa membuat rangka
(i) welding mencantumkan besi

(ii) mencanai untuk membersih dan meratakan permukaan besi

posing dululah setelah penat bekerja....

akan bersambung di entri Part 2 untuk proses 
mengecat rangka awning tersebut...

Sunday, 13 March 2011

Blogger Baru Berkumpul Di Bangku Kosong


rasa jeles pulak bila wife aku join segmen ni dan blog dia 
telah diterjah oleh BK... lihat sini

bila dan mengapa mula berblog?
mula berblog pada 14/1/2011 dan mmg betul wife aku yg ajarkan!
aku berblog krn nak perkembangkan bisnes kecil2an keluarga kami
manalah tau ada kawan2 blog yang akan jadi customer aku
permulaan entri sudah tentulah mengenai bisnes aku iaitu...
 entri pertama : ironworks
entri kedua : mechanic

apa nak capai dalam berblog?
mestilah nak perkembangan bisnes aku ni drp kecil menjadi besar
daripada tak dikenali menjadi terkenal
daripada customer hanya 2-3 orang sebulan kepada 10-20 orang
tak mustahil dgn memperkenalkan bisnes kita melalui blog boleh
mendapatkan ramai customer!

jadi kepada HH kalau ada masalah kereta atau
nak tambah grill kat rumah bolehlah hubungi saya... hehehehe~

*dah follow blog awak atas nama ryder

Friday, 11 March 2011

JELAJAH BLOG 2011 : AKU INI BLOGGER LELAKI!

BANNER BEN ASHAARI
kali ketiga aku join segmen BA ni
segmen memang menarik... hanya khas utk blogger lelaki!
sila klik banner utk join ok


kenapa anda berblog?
tujuan sebenar aku berblog kerana nak
promosikan bisnes kecil-kecilan keluarga aku ni
di samping dapat ramai kenalan manalah tau boleh
dapat customer dari kalangan blogger..

kenapa blogger lelaki lebih kreatif dan 
blog lelaki lebih mudah dapat perhatian dari blog wanita?
hurmmm...susah gak nak jawab soalan ni!
bagi aku blogger lelaki ni lebih kreatif kerana lebih pandai
hasilkan entri yang menarik dan boleh tarik perhatian pembaca
contohnya seperti BA lah... semua entri BA menarik serta
mengandungi tips dan nasihat yang amat berguna

blog lelaki lebih mudah dapat perhatian mungkin kerana jumlah
blog lelaki agak kurang berbanding blog wanita...
sepanjang aku blogwalking memang susah nak jumpa blogger lelaki
jadi bila dah jumpa satu mesti akan terus follow...

blog wanita yang anda suka baca?
aku ni jarang blogwalking
so blog wife aku je yang aku baca...

Thursday, 3 March 2011

DI SEBALIK TABIR BLOG AKU..

BEN ASHAARI
aku join segmen ben ni pun isteri aku yang tolong buatkan entri
nak harapkan aku manalah ada masa, sibuk memanjang
di samping itu bolehlah aku promosikan bisnes aku ni kat kawan2
sila klik banner utk join..


aku suka berkawan dan peramah
berkerjaya sebagai Pegawai Bomba
mempunyai  pengalaman di dalam bidang ironworks
dan mekanik kereta lebih kurang 10 tahun

jumlah follower 26 orang je..
harap bila dah join segmen Ben ni follower akan bertambah!

kalau takde blog ni aku layan facebook je
tak pun masuk mudah.com untuk cari spare part
kereta untuk customer aku...

blog ni penting sebab aku nak promosikan
bisnes kecil-kecilan keluarga aku ni
dari blog juga aku boleh dapat ramai kenalan dan jugak customer

aku ni jarang blogwalking sebab sibuk dengan tugas
tapi kalau sempat aku akan baca blog follower aku...
dan juga blog Ben semestinya..

Wednesday, 2 March 2011

Membaiki kereta Azlan

membaiki kereta Perodua Kelisa 1.0 milik jiran aku..
Kerosakan : Timing Belt
Harga Barang : RM250.00
Upah : RM60.00

 sedang membuka timing belt yg perlu diganti

 timing belt

 perlu diganti setiap 60,000 km atau 2 tahun sekali

timing belt yang telah rosak

muka yang kepenatan...huhuhu~